Klik Klik..

Thursday, November 19, 2015

JJCM: Lunch di Aroi Thai Boat Noodle, Cyberjaya


Bismillah..

Nak review satu port makan-makan kat area Cyberjaya ni.. sedap gak memang glemer kengkawan selalu dok sebut.. :P ...masuk ni dah kali kedua makan kat sini..hehe..

Aroi Thai Boat Noodle

Unit P1-31 2350,
Shaftbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6, Selangor.


rupanya dah ada 2 branch kedai aroi thai boat noodle ni..

smart je banner dia.. kaunter kedai..

Apa yang menariknya kat Aroi Thai ni.. jom tengok menu..
Menarik konsep makan kat kedai ni..semuanya rm1.90 termasukla air.. pastu ada banyak gak pilihan menu.. walaupon portion nya agak kecik sesuai dengan harganya, tapi bila dah amek 4,5 mangkuk tu kenyang jugak.. ala2 buffet la tp versi mini..hik hik..


antara menu utama yang ada kat Aroi Thai ni.. kebanyaknnya menu ala thai la..tengoklah nama kedai pong.. :P

yang ni lak pilihan air dan dessert..

hehehe gambar kat bawah ni yang kitorang order ari tu... penuh meja baru 2 orang makan tu.. nampak sangat first time makan semua menu pon nak order kih kih..

antara menu pilihan hari tu.. 


tak silap yang ni Thai StyleChicke Fried Rice

yang ni Hat Yai Fried Chicken Wing.. boleh tahan crispy dan spicy gak sket..

yang jernih tu Beef Glass Noodle Soup.. yang lagik satu tu Tom Yam Glass Noodle Soup..dedua pon sedap..

Vegetarian Spicy Spring Roll.. sedap sangat weh huhu..popia jek pon..

dessert terkenal Thailand.. Mango Sticky Rice.. okla cuma aku rasa mangga dia cam kurang manis sket..

air dia yang rare boleh cuba Lemon Grass.. yang popular air Coconut Juice lah..hehehe..

Average order menu untuk sorang dalam 5-7 menu gak :P.. termasuk air... tengok mangkuk rasa macam tak kenyang..tapi bila dah makan bercampur tu insyaAllah memang kenyang..hehe..

sila cuba jangan tak cuba.. 
Jha neh~




2 comments:

Dr Singa said...

sawadikap kap kun kap ada ikan siakap?

~SaTo OrEo~ said...

hahaha ikan siakap takdoklah doc singa.. takut kalo nak caj rege rm1.90 dpt ekor je pulak 😋😋 hehe

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...