Klik Klik..

Wednesday, February 03, 2016

Trip Hong Kong: [26] Snoopy World, di New Town Plaza Hong Kong


Bismillah..

Bersambung lagi kisah Hari Ketiga di Hong Kong.. lepas kami kekenyangan lunch di Islamic Centre Canteen + Solat Jamak siap2 kat sana.. Pit Stop seterusnya adalah untuk anak-anak2..Kitorang nak terjah Snoopy's World, Sha Tin. huhuh... tempat ni agak jauh sket dari tourist spot.. tapi bila lagi nak pergi kalo tak pergi skang huhuh bukannya leh datang HK selalu..

salah satu faktor UTAMA kenapa kitorang nak pi tempat ni sebab FREE ENTRANCE.. :D ada penjimatan di situ, so kita serbu..hehe.. kalau mana yang bercuti ke Hong Kong bawak anak2 kecik tu.. jangan lupa pi kat sini sure diorang suka..

CARA NAK PERGI KE SNOOPY'S WORLD:

- Naik MTR pergi ke Sha Tin MTR Station.
- Please take note MTR Sha Tin ni jauh sket so akan bertukar train maybe 2/3 kali ikut lokasi dari mana kita naik..
- Ni contoh aku bagi kalau naik dari Stesen MTR Causeway Bay..


kalau tengok map kat atas ni.. kena tukar train 3 kali..konsep macam dari laluan STAR nak tukar ke PUTRA la kalo kat Malaysia ni.. :P

Walaupon nampak perjalanan jauh tapi pengangkutan kat Hong Kong ni efisyen..so dun worry.. anggaran perjalanan naik train dalam setengah jam je la lebih kurang.. :)


ni rege tiket dia..mahai sketla kot sebab jauh.. 

kitorang naik MTR kat Causeway Bay Station..

haa kat Hong Kong pon ada SOGO okeh.. :P

memang gayat tengok escalator ni bukan main menjunam lagik ke bawah.. (*_*)

steady lagi anak2 ni..huhu..

menari apa tu kashaf.. :D budak2 ni kalau dapat berjalan memang tatau penat kih kih..

manusia memang slalu penuh kat MTR ni.. sebab pengangkutan utama diorang kot.. 

ololo comeynya awak posing.. :P

Alhamdulillah.. dah dapat naik train.. ;D

Dipendekkan cerita, kami pon dah sampai ke Sha Tin Station.. :D (sebab aku tak snap gambar masa kat dalam train ni..haha.. )

Kat mana nak carik Snoopy's World ni.. Actually Snoopy's World ni consider big playground untuk shopping mall besar kat Sha Tin tu.. so kena carikla shopping mall tu New Town Plaza nama dia.. daripada stesen tu nak ke shopping mall ni kena jalan kaki lama sket la dalam 7-10minit kot..huhuh.. sygnase memang complete dari stesen MTR so takyah nak risau sesat ke apa.. :P

inilah dia New Town Plaza.. boleh tahan besar..

Ok tengok anak panah.. Snoopy's World ada kat tingkat 3 ye kengkawan..

taraaa... dah jumpa tempat yang dicari.. dah start nampak replika2 kecik snoopy dah..exciteddd!! (^_^)v

Argh suka2... (^_^) mak ke anak yang excited ni tah..

Welcome to Snoopy's World :D

Kat Snoopy's World ni ada 6 zon gitu.. Mula2 masuk je akan nampak Zon 1: DogHouse Entry.. :)

kat ruang tamu umah Snoopy.. :P..Charli Brown ni dok sebok tengok tv.. hehe..

Comellah rumah dia ni.. :D

Keluar dari DogHouse tu nampak pulak tasik comel ni..aduss.. :P

Ok yang ni lak Zon 2: School Plaza - Peanuts Academy..
Ada bas sekolah pulak.. huhu..gigih bebudak ni naik berposing tengah panas terik ni.. :D

merasala feeling-feeling naik bas sekolah.. kat Malaysia tak naik huhu..

Charlie Brown ngan Linus pon posing sama.. :P

Zon 3: Baseball Playground - Peanuts Dogout..
Weh cute giler playground dia..bebudak nampak terus nak main kat sini je..huhu..tanak dah round tempat2 lain.. 

Comel sebab semuanya bertemakan cartoon Snoopy dan kengkawan..huhu..

Seronok main gelongsor haih..
kenmain hepi lagik si Kashaf tu smapai ternganga haha.. :D

Penat slide kita memanjat pulak ye...

yang ni panjat ala tentera lak..

huhu sian budak Cina kat belakang Kashaf ni dok menunggu lama.. 

lama gak diorang dok main-main kat zon playground ni..

Dah puas main kat playground.. nak pi beratur naik boat lak..hehe... kalau nak naik bot leh gi kat Zon 4: Boating Canal - Canoe Ride


ramai jugak yang tengah beratur.. yang bestnya adult boleh naik sama dengan anak..

menunggu giliran.. comel sangat kawasan tasik mini ni..

dah nak sampai giliran..hehe..

Boat ni leh naik maksimum dua orang je.. huk huk.. terpaksala naik bergilir... naik ngan Kashaf dulu.. Hazmi standby beratur dekat ngan orang yang jaga kat depan tu.. time ni asben dah kepenatan dok berehat je kat dalam rumah Snoopy... -_- huhu..

peace yoo...boat ni automatik ..duk dendiam je dalam tu nanti dia gerak sendir hehe..

nampak si Charlie Brown ni dok memancing ngan Snoopy.. :P

ada replika Snoopy naik plane pulok hihi..comel comel..

candid gambar orang boat kat depan..hehe Uncle Zul dan Iman.. :D

Okeh time ni giliran ibu naik ngan Hazmi lak.. ibu dia la untung naik 2 kali hahaha..

banyak sangat replika watak2 kartun Snoopy ni sepanjang naik boat.. :)


siap lalu terowong mini lagik hehe..


muka kegembiraan dapat naik boat FREE :P

baru nampak si ayah tengah skodeng snap gambar hehe..

peace yoo!!

hepi sungguh lah haih.. :P

Zon 5: Community Hall: Snoopy Wedding House
tak sempat jenguk pon dalam dewan ni.. sebab masing2 dah tak larat nak balik dah hihi...so snap2 kat luar je..


Snoopy & Friends.. (^_^)v so cute!



Last skali ada Zon 6: Mini Town Area - Peanuts Boulevard. Kat sini ada macam2 gak ada Birchwood School, ada post office.. tak sempat nak jenguk gak... lalu jela hehe..



singgah kejap je masuk dalam school.. :D

Yeay.. berjaya jugak jejak kaki ke Snoopy's World.. kalau tak disebabkan tentatif pack hari tu ingat nak stay lagik lama hehe.. tapi dapat spend masa 2/3 jam pon dah ok.. :P


Patut datang kalau ada anak2 kecik.. sure diorang suker giler.. walaupun tak sebesar Disneyland dengan Ocean Park kan.. tapi kira enjoyla jugak..hehe..cuma jauh sketla.. ;) 

Till then..
bersambung lagi di lain masa.

Jha Neh~


Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...